Mesin jahit industri Shah alam bangi klang selangor kl

Harga mesin jahit yang popular di Malaysia

Harga Mesin jahit Portable dan Industri

Terdapat pelbagai harga mesin jahit di pasaran Malaysia, Semuanya bergantung kepada jenis machine,
kemampuan machine, dan tentunya Jenama Mesin jahit tersebut

Disini ingin saya huraikan sedikit berkenaan jenis-jenis machine jahit serta harganya,

Setiap model mesin mempunyai fungsi-fungsi yang tersendiri, antaranya adalah untuk jahit lurus,
jahit tepi, jahit lubang butang, butang, interlock dan lain-lain.

Secara umumnya, mesin jahit juga terbahagi kepada dua katagori iaitu:-
Machine jahit industri (untuk kegunaan pukal), dan Machine Jahit portable (untuk kegunaan rumah)

 

Harga mesin jahit
Pelbagai jenis mesin jahit yang terdapat di pasaran, Yang mana paling sesuai untuk anda?

Anggaran Harga mesin jahit portable

Mesin jahit mudah alih, atau lebih dikenali sebagai “mesin home portable”
merupakan mesin yang mampu melakukan lebih banyak jenis jahitan berbanding mesin jahit industri.
Walaupun terhad dengan masa penggunaan yang singkat, ia mampu menghasilkan pelbagai produk jahitan
seperti lubang butang, butang, zip, jahit beg, jahit tepi ,jahit sulam dan lain-lain.
harga mesin jahit

harga mesin jahit

PROS :
1. lebih ringan dan mudah dibawa ke mana-mana
2. jimat elektrik
3. lebih banyak fungsi. (lubang butang, zip, sulam, dll)
4. harga lebih murah
5. jimat ruang
6. Jahitan perlahan (menjadi CONS jika pengguna ialah seorang yang mahir)
CONS :
1. had penggunaan 2~3jam
2. motor kecil
3. rangka plastik, mudah rosak jika jatuh
4. Jahitan perlahan (menjadi PROS jika pengguna ialah beginner)


JENAMA MESIN (Anggaran Harga 2017)
terdapat pelbagai jenama mesin jahit portable yang dijual di pasaran Malaysia kini, antaranya adalah :
1. Singer RM590- RM890
2. Brother RM690 – RM1200
3. Juki RM499 – RM990
4. Global RM99 – RM250

JENIS-JENIS MESIN JAHIT PORTABLE dan HARGA MESIN JAHIT

Mesin jahit portable juga terbahagi kepada beberapa jenis, antaranya adalah :

1. Mesin jahit lurus (basic)

Antara harga mesin jahit lurus yang popular ialah
Brother Ja1400 RM690
Juki Hzl12z RM499
Singer Start RM590
(Tertakluk kepada Diskaun semasa, WhatsApp 0123416010 utk diskaun Khas)

2. mesin jahit lurus berkomputer (lebih banyak fungsi)
harga mesin jahit

Harga mesin Jahit lurus Berkomputer Adalah sekitar RM1200 hingga RM1599

3. Mesin Jahit Tepi  

Terdiri dari beberapa jenis corak jahit tepi,
Antara yang popular ialah Jahit tepi kasar (overlock) ,
Jahit tepi halus (narrow hem), Jahit tepi tudung (baby seam),
dan jahit tepi coverstitch (tepi tshirt)

Harga Mesin jahit tepi portable singer
Singer 14n555 RM1099

Harga mesin jahit tepi brother
Brother 2104D RM1299

Mesin jahit tepi portable

Brother 2340CV RM1650

4. Mesin jahit sulam Berkomputer
harga mesin jahit sulam

Mesin jahit sulam berkomputer adalah sangat canggih dan boleh menghasilkan sulaman yang cantik
paling popular ialah jenama Brother kerana harganya yang sangat berpatutan selari dengan fungsi yang dimiliki
Brother NV955 RM2500
Brother Nv980k RM2600
Brother Nv980k RM2600

 

Harga Mesin Jahit Industri

Mesin jahit industri atau lebih dikenali sebagai Mesin Jahit high speed, adalah mesin jahit yang digunakan untuk mengambil tempahan secara pukal. Perbezaan yang ketara berbanding mesin jahit mudah alih (portable) adalah mesin jahit ini khusus untuk satu jenis jahitan shj, contohnya mesin jahit lurus industri adalah untuk jahitan lurus sahaja, dan mesin jahit tepi halus industri hanya lah boleh buat jahitan tepi halus (tudung) sahaja

PROS :


1. Jahitan yang lebih laju
2. boleh digunakan dalam jangka masa yang lama tanpa rehat
3. motor lebih besar, mampu menjahit semua jenis kain
4.Jangka hayat yang sangat panjang (30 – 40 tahun masih dapat berfungsi dengan baik)

CONS:


1. Harga lebih mahal berbanding portable
2. memerlukan ruang yang besar
3. Berat
4. mampu menjahit satu jenis jahitan sahaja

Antara jenama mesin jahit industri yang laris di pasaran kini adalah JUKI,
walaupun harganya agak mahal namun kualiti jahitan dan mesin tersebut tak dapat ditandingi jenama-jenama lain.

Jenama lain seperti Gemsy, Typical, Singer, JACK, Siruba dan juga Brother adalah lebih murah berbanding JUKI,
kualitinya juga baik.

HARGA MESIN JAHIT TEPI INDUSTRI - JAHIT TEPI
Jenis-jenis Dan harga Mesin jahit Industri 


1.Harga Mesin Jahit lurus

Juki Clutch Motor RM1850
Juki Servo Motor RM2200
Juki Auto Thread Trimmer RM3600

Singer Clutch Motor RM1800
Singer Direct Drive RM2200
Singer Auto Thread Trimmer RM3200

Jack Direct Drive Speed control RM1600
Jack Auto Thread trimmer RM2600

2. Harga Mesin Jahit tepi kasar

Juki 4benang RM3600
Juki 3 Benang RM3500

Singer Direct Drive 3 benang dan 4 benang harga sama
RM2600

Jack Direct Drive 3benang dan 4 benang harga sama
RM2600

3. Harga Mesin Jahit tepi halus

Harga Mesin jahit tepi halus adalah sama seperti harga Mesin jahit tepi biasa
Cuma biasanya mesin jahit tepi halus ialah mesin jahit 3 benang
Perlu nyatakan semasa membeli bahawa kamu hendak jahit tepi halus/tudung

4.Harga Mesin jahit Interlock

Anggaran Harga Mesin Jahit Interlock :-

Jack interlock 5 benang Direct Drive RM4500

Konwa Interlock 5 benang RM4500

Singer Interlock 5 benang RM4500

5. Harga Mesin jahit Lubang butang

Kebanyakkan Mesin lubang butang Harga nya ialah RM7500
Antara jenama yang available ialah Jack, Singer, Konwa Dan Juki

6. Harga Mesin jahit Butang
Anggaran Harga Mesin jahit butang ialah RM5000

 

HARGA MOTOR MESIN JAHIT

Jenis motor bagi mesin jahit industri pula terbahagi kepada tiga jenis
1- Clutch motor (Saiz besar dan berbunyi berdesing) RM350
2- Servo motor (Jimat eletrik dan bunyi senyap) RM600
3- Direct Drive (Motor berkomputer terus sambung ke kepala mesin) RM850
kebanyakan mesin jahit keluaran terbaru telah bertukar kepada teknologi direct drive
sejak tahun 2016

 

Tentang Penulis column HARGA Mesin Jahit

Karysma Store merupakan salah satu kedai yang menjual pelbagai jenama dan model
Mesin jahit industri, antaranya ialah mesin jahit industri singer, juki
dan Jack… ketiga tiga ini ialah jenama yang paling popular dan laris di malaysia
Anda boleh datang ke kedai jika ingin mencuba setiap model,
dan pilih lah dengan berhemah, model mana yang paling serasi dengan anda

Alamat Karysma Store

Cawangan shah alam
C-9-G, Jalan Serai Wangi L16/L,
Alam Avenue 2 ,
40200 Shah Alam Selangor.
Landmark puspakom, mee tarik, dominos, ar-rahnu, calacara, Mohd Chan.
Buka setiap hari 9pagi hingga 9malam, tiada cuti dan tiada rehat.
0123416010 (Ahmad)
0172086936 (Yusuf)

Karysma Store Bangi
No.30a Jalan 4/11b Seksyen 4 tambahan,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
03-89262568 Hj Zahari
0122383412 Pn Halina
0178800583
Kedai buka setiap hari kecuali Jumaat, Jam 9pagi hingga 7malam

 

anda boleh melihat harga- harga mesin jahit di laman web Karysma iaitu
http://www.jahit.my

Selain itu, untuk mengetahui jenis-jenis mesin jahit portable,
sila membaca post saya sebelum ini iaitu
http://jahit.my/blog/mesin-jahit-portable/

http://jahit.my/blog/mesin-jahit-industri/

Sumber rujukan bagi jenis mesin jahit
Wikipedia-Sewing Machine

Sekian saja post saya berkenaan Harga Mesin Jahit, Terima kasih kerana sudi membaca
Diharap Anda Sudi datang lagi dan Share kepada rakan2 jika dirasakan bermanfaat

 

 

 

 

This site is using SEO Baclinks plugin created by InfoMotru.ro and Locco.Ro